GURUKU
Guruku yang tercinta,
Banyak berkorban, banyak berjasa,
Mengharumkan nama negara,
Di persada dunia.
Guruku yang tercinta,
Lautan ilmu kongsi segala,
Layanan mesra,
Layanan sama rata,
Amatku bangga setiap masa.
Guruku yang tercinta,
Sanggup engkau korbankan apa-apa,
Akanku ingatmu setiap masa,
Bagai lilin yang menyala,
Tunjukkan langkah dan cara,
Dalam kehidupan saya.
Oleh,
Ng Ray Man
Tokoh NILAM Negeri Perak 2012
Karya dihasilkan semasa berada di BTPN Perak,
Sempena Program Khemah Membaca Negeri Perak, 3 Julai 2012

No comments:
Post a Comment