MAJLIS PELANTIKAN & MAJLIS ‘PERSARAAN’
LEMBAGA PENGAWAS
SEK. MEN. KEB. GUNUNG RAPAT,
IPOH
 |
--Nostalgia 14 Jan 2013--
Memberi ucapan setelah
dilantik sebagai Ketua Umum 2013 |
Pada tanggal 8 Julai 2013, terdapat
satu majlis yang telah berlangsung di Dewan Olimpik Sek. Men. Keb. Gunung
Rapat, Ipoh, yakni Majlis Pelantikan Lembaga Pemimpin Murid Sesi 2013/2014. Tarikh
ini amat bermakna buat seluruh warga sekolah, khususnya Exco Tertinggi Lembaga
Pengawas Sesi 2012/2013 dan Exco Tertinggi Lembaga Pengawas Sesi 2013/2014. Barisan
Exco Tertinggi Lembaga Pengawas Sesi 2013/2014 telah pun dibentuk dan dilantik
pada hari tersebut. Maka, barisan Exco Tertinggi Sesi 2012/2013 yang telah saya
terajui sebagai Ketua Umum/Ketua Pengawas, saudari Azimah bt Md Khalid dan
saudari Fatin Farhani bt Aminuddin sebagai Penolong Ketua Umum I dan II serta
Exco-exco lain akan ‘bersara’ tidak lama lagi. Perkataan ‘bersara’ ini mungkin
tidak seberapa sesuai untuk menyifatkan keadaan ini. Kendatipun, pada hemat
saya, dalam konteks ini perkataan ‘bersara’ membawa maksud tanggungjawab yang
kami pikul telah dijalankan hampir sepenuhnya sepanjang sesi ini. Walaubagaimanapun, seperti yang telah disebutkan oleh Puan Hajah Norol Kamar bt Nordi, Penolong Kanan Pentadbiran SMKGR dalam ucapannya pada pagi ini setelah menyerahkan watikan pelantikan kepada para pemimpin murid yang baru, sekiranya para pengawas mahupun Exco Tertinggi 2013/2014 memerlukan sebarang bantuan, nasihat dan tunjuk ajar, kami tetap sentiasa bersedia membantu.
 |
-Nostalgia 14 Jan 2013-
Ng Ray Man sebagai Ketua Umum
sedang memimpin bacaan ikrar
pada hari pelantikan |
Untuk itu, izinkan saya, sebagai
Ketua Umum untuk menyuarakan serba sedikit pengalaman, isi hati dan juga harapan
saya buat Lembaga Pengawas Sek. Men. Keb. Gunung Rapat ini yang telah banyak
meninggalkan memori kepada saya dan rakan sekalian. Sebelum saya dilantik
sebagai Ketua Umum (14 Jan 2013), saya berasa bahawa bahu saya akan menjadi
lebih berat. Walaubagaimanapun, setelah dimaklumkan bahawa Exco Tertinggi untuk
sesi 2013/2014 akan dilantik pada hari ini, bahu saya telah menjadi lebih
ringan, tetapi HATI pula yang menjadi berat. Saya tidak boleh menafikan bahawa
bukan mudah untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Umum/Ketua Pengawas, apatah
lagi dapat diberi peluang serta kepercayaan untuk memegang jawatan tersebut. Setiap
saat sebelum dan selepas dilantik sebagai Pengawas Percubaan (2009), Pengawas
Tetap (2010-2011), diikuti dengan Penolong Ketua Pengawas (2012) dan Ketua
Umum/Ketua Pengawas (2013) masih jelas dalam ingatan saya.
 |
Ng Ray Man yang berada di
Tingkatan 1 (2009) |
Pada tahun 2009, telah saya
menjejak langkah yang pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat yang
bergelar sebagia Sekolah Kluster Kecemerlangan & Sekolah Sukan Negeri.
Dalam masa sebulan dua, saya berpeluang mengenali Ketua Umum, Penolong Ketua
Umum dan pengawas-pengawas senior yang lain. Tiada perkataan yang boleh
menggambarkan betapa bersemangatnya saya untuk menjadi pengawas sekolah. Sebaik
sahaja pemohonan untuk menjadi pengawas sekolah telah dibuka pada pertengahan
tahun, saya telah berjumpa dengan Guru Disiplin, Puan Zumeme bt Muhammad untuk
mendapatkan borang pemohonan. Tidak lama lagi, saya telah dipanggil untuk
menghadiri Sesi Temu Duga. Soalan-soalan yang ditanya oleh guru semasa sesi
temu duga memang tidak dapat saya sangka. Pada mulanya soalan yang ditanya oleh
Cikgu Ahmad Ensar agak biasa, seperti “Sebab-sebab
ingin menjadi pengawas sekolah dan memperkenalkan diri anda”. Selepas itu,
soalan-soalan yang agak saya terkejut termasuklah “Apakah binatang kesayangan anda”
dan
“Apakah binatang peliharaan anda”. Walaubagaimanapun,
saya tetap bersyukur kerana dipilih menjadi pengawas percubaan selama beberapa
bulan. Setelah berjaya menjadi Pengawas Tetap, kami dimaklumkan bahawa Blazer
Pengawas akan diperoleh pada bulan Disember nanti. Saya masih ingat bahawa saya
dan juga sahabat karib, Shoban a/l Sevam merupakan orang yang pertama untuk
pergi ke kedai menempah blazer untuk mendapatkan blazer kami. Walaupun hal ini
mungkin agak luar biasa dalam kalangan rakan-rakan lain, tetapi mungkin boleh
saya sifatkan sebagai semangat kami yang tinggi untuk memegang jawatan sebagai
Pengawas sekolah.
 |
Wajah saya semasa berada
di Tingkatan 2 (2010) |
Selama
dua tahun (2010-2011) menyandang jawatan sebagai pengawas biasa, saya telah
ditawarkan untuk menjawat jawatan Exco Tertinggi Lembaga Pengawas. Cikgu Zumeme
telah meminta agar saya menghantarkan resumé semasa cuti sekolah. Pada tahun
2012, telah saya dilantik sebagai Penolong Ketua Umum (Penolong Ketua
Pengawas). Di bawah pimpinan Ketua Umum 2012, saudara Suminder Singh a/l Dalgit
Singh & Penolong Ketua Umum, saudari Anith Syazlin bt Ramli, banyak perkara
telah saya pelajari sepanjang tahun tersebut.
 |
Menerima Watikah Pelantikan
sebagai Ketua Umum daripada
Puan Pengetua,
Pn Rahimah Mohamed
(14 Jan 2013) |
Secara
ringkasnya, pada bulan Julai 2012, barisan Exco Pelapis/Pembantu Exco sesi
2012/2013 telah pun dilantik. Saya turut dilantik sebagai Ketua Pembantu Exco. Seterusnya,
pada awal tahun ini (2013), saya telah dilantik sebagai Ketua Umum/Ketua
Pengawas sesi 2013 pada tanggal 14 Januari 2013.
 |
Ng Ray Man sebagai Ketua Umum
sedang memimpin bacaan ikrar
(14 Jan 2013) |
Selaku
Ketua Umum 2013, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru-guru Disipin—Encik Halilul
Rahman, Puan Zumeme Muhammad, Puan Nalilawati Isa, Encik Narindar, guru-guru
lain, Penolong Ketua Umum- saudari Azimah & saudari Fatin, Setiausaha-
Batrisyia Alya, Pen. Setiausaha- Puteri Izzaireen, Bendahari- Tong Yin Syuen,
Pen. Bendahari- Shoban a/l Sevam, Exco Perhimpunan- Kamal Irfanuddin, Exco
Teknikal & Protokol- Mohendra Prasad Naidu, Exco Block- Shalinder Singh,
Exco Kantin- Farzana Aqeela, Exco Trafik- Adib Aiman serta Exco Tugas-tugas khas
& Kebajikan- Chang Yi Neng. Tidak lupa juga rakan-rakan pengawas yang lain,
terima kasih atas segala komitmen dan sinergi yang telah kalian berikan selama
ini. Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kalian. Di sini, saya juga ingin menyusun sepuluh jari sebagai tanda memohon ampun dan maaf
kepada anda semua sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan sesiapa yang
mungkin pernah tersinggung perasaan selama ini.
 |
Memberi ucapan setelah
dilantik sebagai Ketua Umum 2013 |
Masa
berlalu dengan amat pantas. Setelah kurang lebih 5 tahun saya berkhidmat
sebagai Ketua Pengawas (2013), Penolong Ketua Pengawas (2012), Ketua Pembantu
Exco (2012), Pengawas sekolah (2010-2011) serta Pengawas Percubaan (2009),
memang banyak pengalaman yang telah saya timba. Harapan saya terhadap Lembaga
Pengawas cuma ada satu sahaja, iaitu Lembaga Pengawas SMKGR dapat menjadi lebih cemerlang, gemilang
dan terbilang pada masa yang akan datang. Semoga Exco Tertinggi Sesi 2013/2014
yang diterajui oleh saudara Mohd Affan bin Affendi sebagai Ketua Umum, saudari
Afiqah Aimi dan saudara Ikhmal Ramli (Penolong Ketua Umum) akan memimpin
seluruh Lembaga Pengawas Sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pada masa yang
sama, kepada rakan pengawas yang akan menghadapi Peperiksaan Awam (PMR &
SPM) tidak lama lagi, marilah kita sama-sama berusaha untuk melakarkan
keputusan yang cemerlang!
Akhir
sekali, izinkan saya berkongsi serangkap pantun yang agak popular dengan
kalian:-
Kalau
ada jarum yang patah,
Jangan
disimpan di dalam peti;
Kalau
ada silap dan salah,
Jangan
disimpan di dalam hati.
Dengan itu, Selamat Maju Jaya dan Salam Ceria.
 |
Bergambar kenangan dengan Guru Disiplin & Ketua Umum 2012
Dari kiri: Suminder Singh (K.U. 2012), Puan Zumeme (Guru Disiplin) & Ng Ray Man (Ketua Umum 2013) |
Ikhlas daripada,
NG
RAY MAN
Ketua
Umum 2013,
Sek.
Men. Keb. Gunung Rapat
(08
Julai 2013)