Persekolahan selama 5 tahun (2009 - 2013) di sekolah kesayangan, yakni SMK Gunung Rapat bakal ditamatkan sebaik sahaja selesainya Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula pada 6 Nov 2013. Terima kasih atas segala doa, peluang, kerjasama, komitmen dan apa jua yang telah diberikan oleh puan pengetua, penolong-penolong kanan serta semua guru, rakan dan sesiapa sahaja selama ini. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dan ampun daripada kalian sekiranya saya pernah tersinggung perasaan dan terkhilaf bahasa pada bila-bila masa. Sama-samalah kita berjuang untuk Peperiksaan SPM yang bakal berlangsung, sama-samalah kita melakarkan keputusan yang cemerlang dan membanggakan untuk diri, ibu bapa dan sekolah yang tercinta! Doakan kami agar mampu bertempur di medan perang nanti dengan yakin dan berani.
Sekalung budi,
Sejambak ingatan;
Segala memori,
Mustahil akan dilupakan.
Sekian, Selamat Maju Jaya kepada semua, khususnya calon-calon dan rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan SPM nanti!
Ikhlas daripada,
NG RAY MAN (5SC1),
Ketua Umum 2013,
Tokoh NILAM Negeri Perak 2012 (SM-BI)
No comments:
Post a Comment