Sunday, 30 June 2013

Ng Ray Man bergelar Johan- Pertandingan Pengucapan Awam BM

Johan-- Pertandingan Pengucapan Awam BM 
Karnival Kaunseling Daerah Kinta Utara 2013)
Menerima hadiah bersama guru pengiring setelah muncul sebagai
Johan Pertandingan Pengucapan Awam
Karnival Kaunseling Remaja Terbilang Daerah Kinta Utara 2013 daripada
Encik Roslan bin Yahya, Pen. PPD Bimbingan & Kaunseling
Pada 22 Jun 2013, saya, Ng Ray Man telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Pengucapan Awam (BM) sempena Karnival Kaunseling Daerah Kinta Utara 2013 yang bertempat di SMJK Sam Tet, Ipoh.

Program tersebut bermula 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Terdapat beberapa pertandingan telah dijalankan seperti Pertandingan Pengucapan Awam, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Eksplorasi Isu Remaja, Pertandingan Merekacipta Kain Rentang dan Pertandingan Poster. Kesemua pertandingan dijalankan secara serentak, maka sukar untuk sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam lebih daripada satu pertandingan yang diadakan.

Dewan Syarahan 2, SMJK Sam Tet Ipoh
Bagi pertandingan pengucapan awam, setiap peserta hanya diberi masa selama 7 minit untuk menyampaikan ucapannya dan mesti menghuraikan sekurang-kurangnya 3 isi berhubung dengan tajuk yang diberikan. Di samping itu, 2 soalan akan ditanya semasa sesi soal jawab.

Untuk makluman semua, peserta hanya diberi pilihan memilih antara tajuk berikut:
a. Masalah Ponteng Sekolah
b. Isu Lari dari Rumah
c. Kecelaruan Gender
d. Masalah Pemilihan Halatuju Selepas Peperiksaan

Saya dimaklumkan tentang pertandingan tersebut kurang lebih 2 minggu sebelum pertandingan diadakan. Saya telah memilih tajuk 'Masalah Ponteng Sekolah' yang saya yakin bahawa topik ini adalah polemik dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat pada masa kini. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kesibukan dalam urusan harian di sekolah, saya hanya menggunakan 4 hari untuk membuat persediaan-- 1 hari untuk menulis skrip, 3 hari untuk berlatih.

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya membawa pulang kejayaan yang agak mengejutkan, iaitu berjaya muncul sebagai JOHAN setelah bersaing dengan 13 lagi peserta dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Kinta Utara. Di sini, ingin saya rakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk membantu menjayakan program tersebut.
Ng Ray Man, Johan Pertandingan Pengucapan Awam 2013
bergambar kenangan di Dewan SMJK Sam Tet Ipoh

Sempat bergambar dengan Pengetua Cemerlang
SMJK Sam Tet, Encik Lau Swee Mun



Ceramah 'Personal Grooming' yang disampaikan
oleh pensyarah Olympia College
sebelum sesi penyampaian hadiah
Bergambar kenangan bersama peserta dari
SMI (St. Michael Ipoh), Pavi


Suasana sekitar Dewan SMJK Sam Tet semasa
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah


Tidak lupa juga adik Ting.1, saudara Amir dari
sekolah saya yang telah menyertai
Pertandingan Poster. Walaupun tidak muncul sebagai
pemenang, anda tetap membawa balik hadiah
yang tidak ternilai, yakni pengalaman &
ilmu pengetahuan. Syabas!
Sedikit 'hasil' daripada Karnival Kaunseling Remaja Terbilang
Daerah Kinta Utara 2013 (Trofi, Sijil & Hadiah)

No comments:

Post a Comment